Judul : Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular
link : Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular
Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular
Kapsyen yang disertakan dengan gambar itu adalah “DYAM Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh” tanpa sebarang maklumat lanjut.
Gambar itu menarik perhatian ramai peminat bola tempatan kerana Dollah sebelum ini telah digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.
MESTI BACA: Pahang lega penggantungan Dollah Salleh tidak jejas persembahanGambar itu kini tular dengan 645 perkongsian dan lebih dari 700 komen.
Ramai tertanya-tanya apa agaknya yang sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak.
“Bincang baik-baik ya, InsyaAllah ada penyelesaian,” kongsi netizen bernama Fahmi Marsim.
Aimar Figueroa berkata, “Mungkin ada pelan baik selepas ini.”
Memetik laporan sebelum ini, Dollah didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 statut FAM selepas tindakannya yang membuat kenyataan di ruangan media melibatkan FAM tanpa kebenaran yang boleh menjejaskan reputasi FAM.
Beliau turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM melibatkan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M).
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular
Sekianlah artikel Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gambar Dollah Salleh 'pekena kopi' bersama TMJ tular dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/gambar-dollah-salleh-pekena-kopi.html