Fathia mohon maaf 'buka tudung'

Fathia mohon maaf 'buka tudung' - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fathia mohon maaf 'buka tudung', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fathia mohon maaf 'buka tudung'
link : Fathia mohon maaf 'buka tudung'

Baca juga


Fathia mohon maaf 'buka tudung'

PELAKON popular Fathia Latiff menafikan gambar dia tidak memakai tudung bersebelahan seorang lelaki dikatakan kekasihnya seperti yang tular, baru-baru ini.

Fathia ketika dihubungi berkata, dia memohon maaf jika ada pihak berasa kurang senang apabila melihat gambar terbabit menunjukkan dia tidak mengenakan tudung.

Menurut Fathia, gambar itu dirakam salah seorang rakannya ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka saudaranya sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

€œLelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya.

€œWaktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung,€ katanya.

Fathia berkata, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuat naik portal gosip hiburan itu.

€œIa tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu,€ katanya.

Menurut Fathia, dia sangat menyayangi peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya dan sudah tentu gambar itu akan membuatkan mereka marah.

€œPercayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

€œDaripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan,€ katanya.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Fathia mohon maaf 'buka tudung'

Sekianlah artikel Fathia mohon maaf 'buka tudung' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fathia mohon maaf 'buka tudung' dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/fathia-mohon-maaf-buka-tudung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :