Judul : Exco Pemuda UMNO Terasa Dengan Komen Siti?
link : Exco Pemuda UMNO Terasa Dengan Komen Siti?
Exco Pemuda UMNO Terasa Dengan Komen Siti?
BARU-baru ini kecoh mengenai pergaduhan mulut di antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) dengan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehinggakan video insiden tersebut menjadi viral.
Penyanyi Yasin Sulaiman tidak ketinggalan berkongsikan gambar pergaduhan itu di laman Instagramnya sehingga menarik minat penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk meninggalkan komen berbunyi, “Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestine baguih.”
Mungkin terasa di atas komen yang ditinggalkan Siti, Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ‘pulang paku buah keras’ dengan mengatakan penyanyi itu perlu bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.
Dalam catatannya di laman Facebook, Armand menulis, “Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin.”
“Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?”
Armand turut memuat naik video di laman YouTube, menunjukkan bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.
Armand turut memuat naik gambar artikel sebuah portal berita di Instagramnya, yang menyiarkan status Facebooknya itu.
Armand kemudian menulis kapsyen beserta tag nama Instagram Siti, @ctdk, “Bila nak ke Gaza Palestin, bukannya sekadar ikut travel agen pi West Bank Palestin.”
Menyedari namanya di’tag‘, Siti kemudiannya meninggalkan komen di posting tersebut, “Assalam… laaa saudara @armand_azha terasa ka??? Saya tak sebut pun nama… mmm.. maaflah naa….”
Susulan komen yang ditinggalkan Siti itu, Armand kemudian memuat naik pula posting bahawa beliau sudah memaafkan Siti dengan kapsyen, “@ctdk mohon maaf, saya senantiasa terbuka dan maafkan beliau… Selesai.”
Video kekecohan melibatkan Armada dan Pemuda Umno dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.
Ia bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Exco Pemuda UMNO Terasa Dengan Komen Siti?
Anda sekarang membaca artikel Exco Pemuda UMNO Terasa Dengan Komen Siti? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/exco-pemuda-umno-terasa-dengan-komen_27.html