Judul : Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka
link : Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka
Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka
Anak kecil ini bila dapat apa yang mereka suka, kalau diambil barang tersebut, mesti mereka akan mula memberontak, menangis, dan buat perangai. Kita bukanlah tak bagi langsung mereka nak main, tapi bila dah tiba masa tidur, makan atau waktu tengok TV dah habis waktunya, mestilah kena hentikan.
Kalau sepanjang masa bagi anak kecil ini bermain, tak ‘settle’ lah kerja nanti.
Tapi, kalau tak bagi pula, suara tangisan saja yang akan dengar, penuh satu rumah.
Dalam ambil hati anak-anak ini, ad acara sebenarnya, seperti proses tawar-menawar, macam yang dikongsikan oleh Iffah Rashida ini, yang juga seorang ‘Speech and Language Therapist’.
Macam mana nak buat anak ini tak terlalu memberontak? Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Antara cara untuk mengelak si kecil mengamuk bila kita nak berhentikan sesuatu aktiviti yg dia suka (tengok cartoon, main mainan yg dia sngt suka, gajet) adalah melalui perundingan.
Tingkah laku perlu dibentuk sejak awal lagi walaupun ketika itu anak belum faham konsep yang hendak diajarkan, tetapi jika kita tegas bertempat, tidak goyah dan pegang pada kata-kata yang dikatakan... insyaAllah anak akan belajar untuk percaya bahawa 'ucapan' ibu bapa kita tidak boleh dimanipulasikan.
Untuk memahamkan anak...
Stage awal: Tetapkan tempoh
Sejak awal 18bulan...
Hani: tengok tv
Mama: ok hani, lagi 10 saat tengok n then mama tutup.
Hani: ... blur tiada respons.
Mama: counting 1, 2, 3, 4,..... 10. Ok. (Mana switch off TV)
Hani: 😭
😭
😭... cry and cry and cry.
Mama: already 10 second. TV off and wait for her to finish her crying.
(Ibu bapa mesti tegas, anak-anak akan cuba pelbagai teknik utk pastikan ibu bapa goyah- cobaan)
Ulang step ini in anything that needs boundaries.
Bila anak suka jadi ketua dan berdikari... benarkan dia buat keputusan dengan memilih jawapannya sendiri.
Contoh that happen recently.
Hani: (sedang tengok cerita frozen)
Along: ok Hani, tutup TV time to go to bed.
Hani: tak nak, tak nak nk tengok smpai hbis! Start gelisah dan nak menangis
Mama: ok hani, dah lambat, hani kena tido. Hani pilih nak tengok lagi 10 saat atau 20 saat.
(Hani belum faham 20 saat lebih lama dari 10saat) jadi mama beri penerangan....
Mama: 10 saat sekejap, 20 saat lama. Hani nak sekejap atau lama?
Hani: yang lama.
Mama: ok 20 saat yea.
Hani: lama, 20 saat.
Mama: counting.. 1,2,3....20. Ok habis
Hani: dengan senang hati, tutup TV, and get ready for bed.
Everyone in the family. Bagus hani (pujian itu perlu)
Phew.. elak tantrum x tentu pasai!
Runding bila perlu. Runding sebelum berlakunya tantrum.
If anak dh start tantrum... rundingan tak work, kena tunggu anak bertenang dulu baru boleh explain.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka
Anda sekarang membaca artikel Elak Anak Mengamuk Bila Tak Bagi Buat Apa Yang Mereka Suka, Ini Cara ‘Negotiation’ Untuk Lembutkan Hati Mereka dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/elak-anak-mengamuk-bila-tak-bagi-buat.html