Judul : Dua beradik maut
link : Dua beradik maut
Dua beradik maut
DUA beradik warga emas maut selepas kediaman mereka terbakar di Jalan SS 2/4, Petaling Jaya, kira-kira 3 pagi, hari ini.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.38 pagi tadi.
"Seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Penchala dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak dan berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian," katanya.
Katanya, pemeriksaan lanjut terhadap rumah teres dua tingkat terbabit menemui mangsa, Ahmad Lokman Abdul Manan, 73, di pintu dapur tingkat bawah.
"Seorang lagi mangsa, Rohani Abdul Manan, 89, ditemui di dalam tandas tingkat atas kediaman berkenaan.
"Kedua-dua mangsa yang melecur 10 peratus dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Dua beradik maut
Anda sekarang membaca artikel Dua beradik maut dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/dua-beradik-maut.html