China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi

China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi
link : China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi

Baca juga


China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi

CHINA pada masa kini semakin rancak dalam bidang ekonomi apabila membeli saham Proton 49.9 peratus melalui syarikat Geely Automobile. China juga memegang status MFN (Most Favourable Nation) dalam perdagangan antarabangsa. Semua ini bermula dengan pilihan untuk melaksanakan dasar pintu terbuka yang bermula pada 1977 dan penglibatan China dalam World Trade Organisation (WTO).

Kemasukan China ke dalam WTO bukanlah satu perkara sia-sia. Langkah ini meningkatkan lagi peluang negara itu untuk menguasai dagangan antarabangsa. Kemasukan China dalam WTO mewujudkan kelebihan kepada Perancis berdasarkan pendapat Presidennya. Ia juga turut mengukuhkan lagi sifat-sifat universal yang terdapat dalam institusi ekonomi China.

Kewujudan China dalam WTO membawa implikasi yang baik mengenai pandangan dunia terhadap China. Ia juga membolehkan negara China bersaing dengan Amerika Syarikat (AS) dalam membuat keputusan dalam badan dunia itu. Perkara ini juga turut menjadikan China lebih cekap dalam integrasi ekonomi secara global.

Kemasukan China ke WTO juga menjadikan ia sebagai sebuah negara yang disegani. Ia juga menjadikan China selamat dalam capaian antarabangsa serta dapat mendedahkan ekonomi China kepada persaingan yang lebih mantap. Perkara ini juga membolehkan China bersaing menguasai ekonomi dunia bersama AS dan Jepun.

Penglibatan China dalam WTO juga turut memberi kesan kepada ASEAN. Kerjasama ini menarik minat Jepun dan mampu mengeratkan lagi hubungan antara China dan Jepun melalui pemindahan teknologi. Perkara ini meningkatkan lagi pelaburan bagi kedua-dua belah pihak menerusi pembukaan kilang di Jepun dan China.

Bagi ASEAN, kemasukan China ke WTO memberi signifikasi yang amat besar untuk rantau ini. Kewujudan China di dalam WTO mewujudkan konsep saling bergantung antara ASEAN dengan China. Ia mampu mengurangkan lagi monopoli AS dalam dagangan di Asia Tenggara.

Penyertaan China dalam WTO menunjukkan bahawa negara Asia Timur itu sudah bersedia untuk membawa satu gelombang baru ekonomi dalam peringkat global serta bersedia bersaing dengan AS sebagai satu kuasa ekonomi baru. China juga mampu menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi rantau Asia Timur dan menaikkan lagi persaingan ekonomi di peringkat antarabangsa.

Maka, jelaslah pelaburan China di Malaysia bukanlah kerugian besar untuk negara sebaliknya satu pemangkin ekonomi untuk negara. Pelaburan China juga mengurangkan lagi kebergantungan terhadap kuasa barat untuk membantu ekonomi Malaysia. Oleh itu, pelabur-pelabur dari Malaysia harus bijak mengambil peluang ini dalam membantu Malaysia untuk stabil dan membangun dari segi ekonomi.

Oleh : ajib/skema

#laskarmalaya

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi

Sekianlah artikel China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel China Dan WTO: Kebangkitan Satu Hegonomi Ekonomi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/china-dan-wto-kebangkitan-satu-hegonomi_22.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :