Judul : Cara-cara mudah untuk mengelakkan anda daripada menggunakan perkataan kesat
link : Cara-cara mudah untuk mengelakkan anda daripada menggunakan perkataan kesat
Cara-cara mudah untuk mengelakkan anda daripada menggunakan perkataan kesat
Percakapan atau perbualan adalah satu perkara yang wajib bagi seseorang melainkan jika anda seorang yang bisu. Malah mereka yang bisu juga ada cara mereka tersendiri untuk berkata-kata iaitu menggunakan isyarat tangan.
Tetapi sesuatu perbualan itu boleh membuatkan orang lain terasa atau makan hati jika menggunakan kata-kata kesat. Kadang kala kita tidak sedar bahawa kita telah mengeluarkan kata kesat tersebut, kerana ia sudah menjadi normal pada lidah kita.
Malah sains juga telah mengesahkan bahawa menggunakan kata-kata kesat semasa sedang marah dapat mengurangkan rasa marah dan stress. Tetapi adakah anda sedar, bahawa perasaan marah itu boleh berpindah kepada orang yang anda tujukan kata-kata kesat tersebut.
Jika anda memarahi seseorang menggunakan perkataan kesat, maka mereka juga akan timbul rasa marah hasil dari kata-kata kesat tersebut.
Tetapi ada beberapa cara bagaimana untuk kita elakkan daripada terlalu biasa menggunakan kata-kata kesat dalam percakapan seharian kita.
Menggunakan kata ganti
Adalah lebih baik jika anda menggantikan kata-kata kesat tersebut kepada perkataan yang lebih disenangi atau lebih baik. Contoh nya:
F**k = Fish / Fuss / Frog
Si*l = Siram / Singkong / Siput
Gantikan perkataan kesat itu kepada perkataan lain. Biasakan menggunakan perkataan ganti itu, sehingga anda tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat. Jika anda seorang yang beragama, gantikanlah perkataan kesat itu kepada perkataan yang akan memberikan anda pahala berdasarkan agama masing-masing.
Membuat tabung
Anda buatkan satu tabung, dimana jika anda menggeluarkan satu perkataan kesat, maka anda perlu membayar ke dalam tabung tersebut. Seperti dalam movie barat, mereka memanggil "the swear jar". tetapi anda perlu komited terhadap diri anda sendiri, dan berniat ini untuk kebaikan anda.
Hasil tabung itu anda gunakan untuk menderma kepada orang lain. At least dapat pahala daripada dosa yang kita buat.
Pertolongan kawan (Buddy Support)
Meminta rakan anda untuk mencuit atau menegur anda jika anda terlepas menggunakan perkataan kesat. Malah anda juga akan melaksanakan perkara yang sama kepada rakan anda. Sekurang kurangnya anda dapat membantu diri sendiri dan juga rakan anda.
Membayangkan situasi
Setiap kali anda ingin mengeluarkan perkataan kesat, anda bayang kan ada anak kecil, ibu bapa atau ahli keluarga anda berada berdekatan. Bagi seseorang yang elok waras fikirannya, mereka tidak akan berkata kata buruk kepada anak kecil dan ibu bapa. Lebih lagi jika ada anak kecil, sudah pasti anda tidak mahu anak anda mengikuti atau mempelajari perkataan kesat tersebut.
Jangan berputus asa
Semua manusia tidak sempurna dan pasti akan membuat kesilapan. Jangan sesekali anda berputus asa daripada untuk berhenti menggunakan perkataan kesat. Jika anda telah terlepas menggunakan perkataan kesat, muhasabah diri anda semula dan cuba lagi.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Cara-cara mudah untuk mengelakkan anda daripada menggunakan perkataan kesat
Anda sekarang membaca artikel Cara-cara mudah untuk mengelakkan anda daripada menggunakan perkataan kesat dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/cara-cara-mudah-untuk-mengelakkan-anda.html