Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!

Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai! - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!
link : Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!

Baca juga


Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!

Sekarang ini harga 1 pek nugget ayam saja dah sampai belasan ringgit. Kalau anak ramai, mahu terbang duit mak ayah semata-mata nak penuhi hati anak-anak makan nugget. Satu lagi isu, mak ayah ada yang bimbang dengan kandungan nugget yang lebih banyak lemak dari isi.

Ini cara sihat nak hasilkan nugget ayam untuk anak-anak anda. Perkongsian daripada Puan El Musliha Katiman ini memang menarik untuk dicuba. Paling best, hasilnya nanti sebiji macam nugget yang selalu anda beli dekat kedai tu.

Step By Step (Rujuk No. Pada Gambar)

1. 500 gm dada ayam (bersihkan, buang kulit dan tulang)

2. Potong sekecil mungkin.

3. Sebab sis takde food processor nak hancurkan isi ayam ni.. sis guna alatan secara manual je. Sis cincang guna pisau a.k.a parang kontot. Sis cincang zas.. zas.. zas.. ala2 kungfu sampai lumat dan halus.. sehalus hatiku yang mulus.. eeceewah!

4. Agen pelekat

– roti putih 5 keping

– susu segar 1 gelas

* susu lembu je.. takyah nak ngada-ngada guna susu kambing atau susu unta

5. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyak.

6. Tuangkan susu ke atas roti.

7. Biarkan seketika.. Kasi mesra dan kembang

8. Hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat. Inilah masa kalau nak lepas geram kita tumbuk-tumbuk roti tu sampai lunyai. Tapi sis tak buat macam tu.. sis tumbuk-tumbuk manja supaya roti terhibur dengan layanan sis

9. Inilah bahan perasa

– bawang putih 3 ulas : cencang

– bawang merah 1 biji : cencang

– serbuk lada putih : 1 sudu teh

– baking powder : 1 sudu teh…

10. Inilah dia.. masa pertunjukan.. show timeeee. Campurkan semua sekali.. ayam + bancuhan roti + bahan perasa

11. Uli.. gaul.. buat la apa cara pun.. nak silat ke kuntau ke apa mak nenek teknik asalkan hasilnya sebati.. okey puan-puan..

12. Pastu.. amik loyang atau orang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.. sapukan minyak masak sikit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.

Ingat tau buh minyak masak.. bukan minyak gamat pulak ya.. hihi gurau je.

13. Sediakan pengukus..

– kukus 25 – 30 minit.

– matikan api

– biarkan sejuk

14. Dah sejuk keluarkan dan sedia utk di potong.

15. Potonglah ikut suka hati uolss.. nak bentuk bintang ke bentuk doraemon ke.. suka suka uolss la.. sis tak mau nak susah-susah diri.. sis potong macam kat dalam gambo tu

16. Bahan salutan : ini versi krup2 bukan yang tempura tu.. next time sis akan tunjuk cara buat salutan tempura pula ya.. insha Allah.

– campuran tepung : tepung gandum 2 sudu makan + tepung beras 1 sudu makan

– telur ayam

– serbuk roti/bread crumb

17. Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur.

18. Pastu masukkan dalam tepung pula ya puan-puan.

19. Sekali lagi masukkan ayam ke dalam telur.

20. Masukkan dalam serbuk roti, golek-golek.. gelek-gelek ala-ala disko dangdut sampai semua serbuk roti menyaluti penuh ayam tu.. tepuk-tepuk manja biar padat. Selesai

Nota

Bila dah selesai buat untuk semua nugget, masukkan dalam bekas berpenutup. Susun rapat dan simpan dalam bahagian peti pembeku semalaman.

Masa menggoreng, guna api perlahan.

Sumber/Foto: El Musliha Katiman (MAHN) via Mingguan Wanita


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai!

Sekianlah artikel Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat Sendiri Nugget Ayam, Lebih Sihat Lagi Menjimatkan & Hasilnya Sebiji Macam Beli Di Kedai! dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/buat-sendiri-nugget-ayam-lebih-sihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :