BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion

BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion
link : BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion

Baca juga


BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR – Syarikat rawatan air milik China, BEWG (M) Sdn Bhd (BEWG Malaysia) akan melaksanakan projek rawatan air di Johor dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya Datuk Vence Ong Kian Min berkata syarikat akan menjalankan kajian selama enam bulan bagi penyelesaian menyeluruh kepada sumber air di negeri itu melibatkan sistem air dan pembetungan untuk penilaian kerajaan negeri dan cadangan.

“Kami menerima surat rasmi daripada kerajaan Negeri Johor dua minggu lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menandatangani Nota Jangka Sederhana Islam bernilai RM400 juta yang diterbitkan BEWG Malaysia di sini hari ini.

BEWG Malaysia juga kini mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak, serta beberapa negeri lain bagi projek sanitasi sisa pepejal.

“Kami memberi tumpuan kepada projek-projek berkaitan kerajaan dan negeri dan kami juga terbuka untuk sebarang projek-projek swasta. Ia masih merupakan sesuatu yang ingin kami terokai tetapi jika dilihat di Malaysia, kebanyakan projek berkaitan air dilaksanakan sama ada kerajaan atau kerajaan negeri,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif BEWG Malaysia Datuk Amirul Rahman Abdul Rahim.

BEWG Malaysia merupakan anak syarikat tidak langsung Beijing Enterprises Water Group Ltd yang  ditubuhkan untuk melaksanakan projek-projek rawatan air di Malaysia.

Syarikat merupakan syarikat milik China yang memperoleh sukuk sebanyak RM400 juta untuk projek infrastruktur air.

Pada November 2015, syarikat diberikan kontrak mereka bentuk dan membina bagi membaik pulih dan menaik taraf kemudahan rawatan dan penyaluran air di Kemaman oleh kerajaan Terengganu.

Sukuk wakalah yang dicadangkan itu akan membiayai sebahagian daripada kos pembinaan projek itu, yang dijangka siap pada November 2018.

“Apabila kami mendapat projek itu pada 2015, kami mendapati terdapat banyak skop yang perlu diteliti. Kami telah mengubah reka bentuk beberapa kerja pengesahan dan sedang menyelesaikan isu warta tanah.

“Semua perolehan sudah siap dan kami yakin dapat menyelesaikannya tepat pada waktunya,” kata Ong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan BEWG Malaysia, Mustakim Mat Nun berkata syarikat itu juga sedang meninjau untuk mendapatkan lebih banyak dana di pasaran modal untuk membiayai projek infrastruktur air. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion

Sekianlah artikel BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BEWG Laksana Projek Rawatan Air Pelaburan RM2 Bilion dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bewg-laksana-projek-rawatan-air.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :