Berang tak dapat beli insurans RM100 juta

Berang tak dapat beli insurans RM100 juta - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berang tak dapat beli insurans RM100 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berang tak dapat beli insurans RM100 juta
link : Berang tak dapat beli insurans RM100 juta

Baca juga


Berang tak dapat beli insurans RM100 juta

SEORANG lelaki pesakit mental berusia 29 tahun ditahan sejam selepas membakar pintu sebuah bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, Batu Pahat, 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kejadian dilihat orang ramai yang mendakwa suspek menuang cecair di pintu bank berkenaan, sebelum membakar kertas.

"Api marak serta merta sebelum orang ramai menghubungi Balai Bomba Penggaram untuk memadamkan api.

"Suspek yang terkejut kelakuannya dilihat orang ramai terus melarikan diri dan pulang ke rumahnya di Taman Setia Jaya, Batu Pahat dengan menunggang motosikal.

"Polis yang tiba melakukan siasatan berjaya mengenal pasti suspek dan menahan di rumahnya dalam tempoh kurang sejam kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek berang niatnya untuk membeli insurans sebanyak ‘RM100 juta’ ditolak bank berkenaan.

Katanya, selain itu, suspek pernah mendapatkan rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

"Suspek ditahan tujuh hari sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Berang tak dapat beli insurans RM100 juta

Sekianlah artikel Berang tak dapat beli insurans RM100 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berang tak dapat beli insurans RM100 juta dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/berang-tak-dapat-beli-insurans-rm100.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :