Judul : Bekas Pegawai Khas Adun DAP Hadapi Tuduhan Cabul
link : Bekas Pegawai Khas Adun DAP Hadapi Tuduhan Cabul
Bekas Pegawai Khas Adun DAP Hadapi Tuduhan Cabul
GEORGE TOWN – Seorang bekas pegawai khas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang wanita pada 6 Julai lalu.
Tertuduh L.Prem Anand, 50, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, kira-kira 11.30 malam, 6 Julai lalu.
Prem Anand yang merupakan bekas pegawai khas ADUN Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dua daripada mana-mana hukuman itu.
Majistret Catherine Nicholas membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh diwakili peguam Audrey Wee, S.Rethina Kumar, dan E.Gnasegaran, manakala pendakwaan dikendalikan Nurul Izzah Shahruddin. – BERNAMA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Bekas Pegawai Khas Adun DAP Hadapi Tuduhan Cabul
Anda sekarang membaca artikel Bekas Pegawai Khas Adun DAP Hadapi Tuduhan Cabul dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bekas-pegawai-khas-adun-dap-hadapi.html