Bekas CEO FIC direman empat hari

Bekas CEO FIC direman empat hari - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas CEO FIC direman empat hari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas CEO FIC direman empat hari
link : Bekas CEO FIC direman empat hari

Baca juga


Bekas CEO FIC direman empat hari

PUTRAJAYA: Seorang bekas  Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel empat bintang di London oleh FIC.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 12 jam memberi keterangan.

Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan berkerusi roda, memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.

Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan sendi otot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Bekas CEO FIC direman empat hari

Sekianlah artikel Bekas CEO FIC direman empat hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas CEO FIC direman empat hari dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bekas-ceo-fic-direman-empat-hari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :