Judul : Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning
link : Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning
Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning
Bukan semua orang suka makan mi goreng. Baik anda sendiri, apa lagi anak-anak kecil kita. Punca terbesarnya adalah kerana rasa kapur yang terdapat di dalam bahan membuat mi ini. Rasa kapur ini bukan sahaja tidak enak, malah buat hilang selera untuk menyuap kali kedua.
Walaupun direndam dan dibasuh berkali-kali, bau kapur masih lagi kuat. Inilah yang menyukarkan ibu-ibu untuk menyediakan mi. Di hujung minggu nanti, mungkin ada yang ingin menyediakan Mi Kari, Mi Bandung atau juga Mi Sup. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN:
Mi Kuning
Gula pasir
Caranya mudah sahaja. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh mi kuning kemudian taburkan gula pasir di atasnya. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan air yang bersih.
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Jangan hanya mencelurnya tetapi merebuskan seketika selepas di basuh bersih. Selepas merebus, angkat dan toskan kemudian bilas sekali lagi dengan air bersih.
Selamat mencuba!
Sumber
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning
Anda sekarang membaca artikel Begini Cara Hilangkan Rasa Kapur Mi Kuning dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/begini-cara-hilangkan-rasa-kapur-mi.html