“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu
link : “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

Baca juga


“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“SAYA tak cakap semua perempuan macam itu, tapi saya yakin ramai yang macam dia.

“Hati diaorang kering dan tak berhati perut; mereka tidak kenal erti bersama dan hanya mahu yang sempurna.

“Saya cerita ni sebab saya pernah terserempak dengan bekas tunang saya dekat sini,” rintih seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai David kepadaku ketika kami sedang berbual di kaki lima Jalan Hang Lekir.

“Yelah bang, KL ni bukan besar mana pun, mesti jumpa punya,” aku mencelah.

“Saya tidak kisahkan terserempak tu bang, tapi sakit yang ditinggalkan itu masih tersimpan sampai hari ini,” sambungnya.

“Dulu saya ada segalanya, bang,” dalam suara yang tersekat-sekat.

“Tapi siapa yang sanggup bang?” soalnya.

Aku hanya membisu dan merenung tepat ke mata David yang sedikit berkaca.

Di lokasi inilah David menghabiskan sisa-sisa hidupnya setelah dipinggirkan dek kecacatan yang dialami.

“Saya normal masa itu – ada duit, ada kerja, ada kereta dan memang saya hendak beli rumah masa tu,” sambungnya.

“Tapi hari ini saya hilang segala-galanya selepas accident.

“Saya terlantar enam bulan koma, bang,” rintihnya.

“Saya hanya ada keluarga angkat dan ‘dia’ sebagai sokongan hidup masa itu.

“Tapi abang tahu apa jadi selepas enam bulan tu?” tanya David kepadaku.

Aku yakin kali ini bukan lagi saat yang sesuai untuk aku terus membisu tanpa membalas.

“Apa katanya?” tanyaku.

“Dia cakap….kalau you dah cacat macam ini, macam mana you nak tanggung I?” imbaunya pada kenangan pahit yang menikam dirinya yang kini bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Saya baru sembuh dari koma masa itu, bang, dan itu yang saya terima,” keluhnya.

“Saya tahu saya lelaki, saya kena kuat.

“Saya faham saya cacat dan kini saya jadi gelandangan selama hampir 10 tahun,” jelasnya.

“Demi Tuhan saya tidak jadi begini kerana dia; saya yakin Tuhan nak bagi yang lebih baik dari ‘dia’.

“Tapi siapa, bang? Mana perempuan yang sanggup dengan keadaan saya sekarang ini?” tanyanya lagi kepadaku sambil memperlihatkan kecacatan di kedua belah tangan dan kecederaan anggota badan lain akibat kemalangan itu.

Untuk kesekian kalinya pertanyaannya yang satu itu benar-benar membunuh rasa nikmat hidupku seketika kerana aku sendiri tidak pasti apa jawapan terbaik untuk aku berikan.

"Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini" - Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

“Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini,” keluhan terakhirnya ini benar-benar menghukumku.

Sumber: Awani

Loading...

First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu

Sekianlah artikel “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Bang, perempuan baik hanya ada di syurga, bukan kat sini” – Kata-kata dan kisah hidup gelandangan ini buat kita terkedu dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bang-perempuan-baik-hanya-ada-di-syurga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :