BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei

BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei
link : BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei

Baca juga


BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menunggu laporan penuh status kecederaan pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei sebelum membuat sebarang keputusan lanjut mengenai penyertaan pemain itu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.

Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM bersedia untuk menamakan penggantinya jika pemain berusia 17 tahun itu tidak dapat beraksi di temasya dwitahunan tersebut selepas mengalami kecederaan buku lali kiri di Kejohanan Badminton Remaja Asia, Jakarta pada Isnin.

Juara dunia remaja 2015 itu dijangka akan mengetahui nasibnya selepas menjalani pengimejan resonans magnetik (MRI) di Institut Sukan Negara (ISN) esok.

“Perkara (kecederaan) ini tidak dijangka. Sebagai penganjur kita perlu menghantar skuad yang mengagumkan. Kalau Jin Wei boleh bermain, ia sangat bagus dan saya mahu beliau hanya fokus kepada Sukan SEA. Sekiranya beliau tidak dapat beraksi, kita akan fikirkan siapa akan menggantikannya.

“Kejohanan Sekolah ASEAN di Singapura dan kejohanan di Jakarta merupakan dua kejohanan yang penting, sebab itu kita setuju dengan permintaan Kementerian Pendidikan dan membenarkan Jin Wei bermain dalam acara berpasukan.

“Kita telah memikirkan bahawa beliau ada Terbuka New Zealand pada minggu depan dan Sukan SEA, sebab itu kita tidak membenarkannya bermain dalam aksi perseorangan wanita di kedua-dua kejohanan itu. Saya tidak mahu orang membuat andaian,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan penajaan oleh Bata Malaysia kepada kontinjen Sukan SEA negara di Wisma OCM di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan bahawa jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mempersoalkan keperluan BAM menghantar Jin Wei menyertai banyak kejohanan sehingga meningkatkan risiko kecederaannya.

Mohamad Norza berkata beliau akan mengambil maklum perkara itu dan meneliti apakah punca sebenar kecederaan selain telah mengarahkan pakar dari  ISN untuk memberikan sokongan mental kepada Jin Wei.

“Saya kesian dengan Jin Wei kerana beliau masih berumur 17 tahun, seorang pelajar sekolah dan perlu bermain untuk kedua-dua pasukan remaja dan senior. Saya rasa untuk menjadi pemain nombor satu negara seperti yang diidamkannya, lebih banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilaluinya.

“Kita perlu menjaganya dengan baik kerana beliau merupakan aset negara. Saya akan berbincang dengan pasukan Program Podium untuk melihat keupayaan sebenar pemain itu,” kata Mohamad Norza.

BAM sebelum ini telah menyenarai Jin Wei dan Soniah Cheah dalam acara perseorangan wanita untuk Sukan SEA manakala Ho Yen Mei dan Lee Ying Ying disenaraikan bagi acara berpasukan.

Sementara itu Mohamad Norza mengesahkan bahawa pemain perseorangan lelaki R. Satheeswaran telah menghantar surat meletak jawatan kepada BAM dengan alasan untuk melanjutkan pelajarannya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei

Sekianlah artikel BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAM Tunggu Laporan Penuh Kecederaan Jin Wei dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/bam-tunggu-laporan-penuh-kecederaan-jin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :