Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO]

Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO] - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO]
link : Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO]

Baca juga


Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO]

SEORANG daripada tiga penduduk Palestin yang maut ditembak pasukan keselamatan Israel di Baitulmaqdis hari ini, dikenali sebagai Mohammed Mahmoud Sharaf, 17.

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi, berkata remaja itu mati kira-kira 700 meter dari Masjidil al-Aqsa ditembak tentera Israel.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, 193 lagi dilaporkan cedera dalam dalam pertempuran antara penduduk Palestin yang melancarkan bantahan dengan pasukan keselamatan Israel.

AFP yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, melaporkan tiga penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan di timur Baitulmaqdis, seorang di A-Tur, seorang di Ras al-Amud dan seorang lagi di Abu Dis, Tebing Barat.

Dua mangsa di Baitulmaqdis terkena tembakan di kepala manakala mangsa di Tebing Barat, ditembak di dada.

Kematian mereka membuktikan pasukan keselamatan Israel menggunakan peluru hidup, bukannya peluru getah terhadap penunjuk perasaan.

Bantahan dan pertempuran berterusan di Baitulmaqdis hari ini, selepas Israel bukan saja memutuskan tidak membuang pintu pengesan logam ke Masjidil al-Aqsa, malah melarang lelaki berusia bawah 50 tahun masuk.

Israel yang sudah menjangka bantahan meningkat hari ini, memperkukuh kawalan keselamatan dengan menempatkan lebih ramai tentera serta polis.

Ribuan penduduk berkumpul memnbantah sekatan Israel unutk memasuki Masjidil al-Aqsa har ini. - Foto EPA

Penduduk Jordan turut mengadakan tunjuk perasaan mengecam keganasan Israel di Bailtulmaqdis. - Foto AFP

Kumpulan mengandungi ribuan orang, termasuk pemimpin Islam berarak ke masjid berkenaan namun mereka diberitahu hanya lelaki berusia 50 tahun ke atas dibenarkan masuk. Mereka kemudian menunaikan solat Jumaat di luar Masjidil al-Aqsa.

Polis Israel kemudian melepaskan tembakan ‘stun grenade’ dan gas pemedih mata dan dan penduduk Palestin melemparkan batu ke arah pasukan keselamatan.


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO]

Sekianlah artikel Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baitulmaqdis bermandi darah lagi [VIDEO] dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/baitulmaqdis-bermandi-darah-lagi-video.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :