Judul : Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup
link : Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup
Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup
Luar biasa dan tampak hidup. Itulah gambaran hasil seni seorang artis dari Mexico yang menjadi sensasi di media sosial selepas menyiarkan rakaman video bagaimana dia membuat arca patung yang seolah-olah ‘hidup’.
Diperbuat daripada silikon,kayu, damar serta rambut palsu. Patung tersebut diwarnakan dengan penuh ketelitian mengambil masa sehingga 45 hari, sehari selama 12 jam.
Ruben Orozco menyiarkan gambar arca seolah hidup itu di laman Instagram dan dia kini mempunyai lebih 73,000 ribu pengikut setia dari seluruh dunia.
Bukan sekadar menyiarkan gambar anak patung yang telah siap, Orozco juga sering berkongsi rakaman video pendek mengenai sedikit proses membuat arca patung dari dalam studionya.
Malah terdapat imej kepala anak patung yang belum disambungkan dengan anggota badan di sekeliling studionya.
Berasal dari Jalisco, Orozco menemui bakatnya sejak usia yang muda dalam bidang ukiran arca dan mengambil kursus dalam bidang lukisan dan patung. Orozco merupakan Lulusan Seni halus di Universiti Guasalajara.
Orozco melibatkan diri sebagai pembantu kepada beberapa pengukir antarabangsa di Symposia, dan dia berpeluang bekerja dengan Celestino Cuzaley, seorang pengukir yang berprestij dan terkenal.
Kini beliau telah menjalankan kerja-kerja arca penting seperti membuat patung tokoh-tokoh ternama untuk pelbagai institusi contonhnya patung Pope John Paul II in Guadalajara, patun
Juan José Arreola di Ciudad Guzmán, patung Dewi Themis di Mahkamah Agung Jalisco dan
lain-lain lagi.
Setiap ciptaannya berjaya dihasilkan dengan sempurna, menunjukkan rangka
manusia , liang roma kulit, rambut, bahkan juga perhiasan kecil pada patung
The post Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup appeared first on Berita Viral.
| Online News Malaysiaby Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup
Anda sekarang membaca artikel Arca Luar biasa Yang Kelihatan Hidup dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/arca-luar-biasa-yang-kelihatan-hidup.html