Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?

Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat? - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?
link : Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?

Baca juga


Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?

Pemilihan nama malaikat Jibril sebagai nama anak sulung kepada Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin menjadi pertikaian netizen selain mendapat respons pemuda itu.
Jibriel Khan

Menerusi foto artikel yang dikongsi pada Instagram, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan nama tersebut sebagai makruh jika digunakan sebagai nama anak.

Namun, penjelasan daripada Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya iaitu Ustaz Hazaruddin Baharuddin yang berkata, nama-nama malaikat boleh digunakan, namun perlu bersandarkan dengan nama lain.

"Kebanyakan ulama berpendapat tiada kesalahan menggunakan nama malaikat tapi biarlah ia mengikut sifat malaikat itu.

"Elakkan menamakan anak dengan nama malaikat penjaga neraka iaitu Malik Zabaniah.

"Selain nama-nama Allah, nama malaikat juga perlu disandarkan dengan nama lain, iaitu tidak boleh hanya satu nama.

"Ia perlu ada dua perkataan seperti Muhammad Jibril," ujarnya.

Shahrul bergelar bapa selepas isterinya Fatin Amira Zainal Abidin selamat melahirkan bayi lelaki.

Bekas tunang kepada penyanyi Adira itu turut berkongsi nama anaknya iaitu Jibriel Khan kepada pengikutnya di laman sosial Instagram.

Ia mendapat kutukan netizen yang memberi pelbagai komen berhubung penggunaan nama berkenaan iaitu nama malaikat Jibril yang bertugas menjadi utusan Allah menyampaikan wahyu.

Shahrul turut menggelarkan segelintir netizen sebagai ustaz IG (Instagram) apabila mereka memberikan pelbagai komen.

Dalam pada itu, Shahrul yang membalas komen netizen di ruangan foto itu berkata, dia sudah merujuk nama berkenaan kepada beberapa individu yang pakar dalam bidang agama terlebih dahulu.

Dalam pada itu bercerita secara umum Hazaruddin menambah, setiap umat Islam yang mahu menggunakan nama malaikat untuk anak masing-masing perlu mengikut ejaan yang betul agar ia tidak menyamai nama yang dieja oleh penganut agama lain.

"Nama Jibril perlu dengan ejaan yang betul.

"Sebab itu kita perlu hati-hati dengan ejaan dan jika tidak pasti boleh buat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang ejaan yang betul," ujarnya.

Dalam pada itu, Hazaruddin turut menasihatkan agar ibu bapa memilih nama-nama yang sesuai dan memberi maksud baik kepada anak kerana ia akan disebut di Padang Mahsyar pada hari kiamat kelak.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

sumber: mstar


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat?

Sekianlah artikel Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Hukumnya Menamakan Anak Dengan Nama Malaikat? dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/apa-hukumnya-menamakan-anak-dengan-nama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :