Judul : Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya
link : Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya
Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya
RAMAI mungkin lebih mengenali aktres Nabila Huda sebagai anak rocker, Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).
Baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pada 28 Julai depan, muncul kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instgram.
Wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiga Amy di Houston, Roslisa Ahmad.
Mereka yang pernah berkahwin pada 1995 kemudian bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha masih kecil baru berusia tiga tahun. Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).
Rocker itu kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003. Selain Nabila Huda dan Irisha Myra, Amy turut memiliki anak yang bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.
Apa yang menarik, Irisha Myra mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.
Malah Amy meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama Irisha sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya
Anda sekarang membaca artikel Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/anak-dara-amy-search-dari-as-datang_20.html