Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi

Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi - Hallo sahabat Khabar Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Khabar, Artikel Maklumat Terkini, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi
link : Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi

Baca juga


Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dinasihatkan untuk berehat selama dua bulan lagi oleh doktor, kata Setiausaha Agung parti tersebut, Datuk Takiyuddin Hassan.

Portal berita tempatan AgendaDaily melaporkan, Ahli Parlimen Marang itu ujar beliau, pada ketika ini sedang bercuti dan hanya akan kembali ke Dewan Rakyat jika tahap kesihatannya didapati semakin bertambah baik.

“Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sendiri sebenarnya sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya dapat mengambil cuti panjang selama kira-kira dua bulan lagi,” jelas Takiyuddin.

Kelibat tokoh tertinggi PAS itu tidak kelihatan sejak persidangan Dewan Rakyat disambung semula pada Isnin lalu sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penganalisis politik dan penyokong parti tersebut.

Abdul Hadi pada 15 Mei lalu mendapat liputan luas media apabila sekali lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Institut Jantung Negara di sini bagi menjalani pembedahan injap jantung sebelum dibenarkan keluar.

Ketiadaan beliau di Parlimen menyebabkan timbul tanda tanya berhubung perhabasan rang undang-undang persendirian dibawanya bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau disebut RUU 355.

Pada sidang kali ini, RUU 355 iutu disenaraikan di nombor 10 dalam kertas perintah, di bawah beberapa rang undang-undang kerajaan lain yang lazimnya diberi keutamaan berbanding rang undang-undang persendirian.

RUU 355 bagaimanapun, boleh disegerakan jika satu usul dikemukakan dan dilulus oleh Parlimen. Ia berjaya dibentang oleh Abdul Hadi pada 6 April lalu bertujuan untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah.

Namun, RUU 355 tersebut tidak dapat diperdebatkan lebih lama untuk diluluskan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menundakan perbahasan pada hari terakhir persidangan berkenaan.

Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan hadirin yang datang ke Himpunan Pertahankan Islam di Kota Bahru, Kelantan minggu lalu, kerana ia merupakan kemunculan pertamanya selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Bagaimanapun sebaik sahaja selesai berucap panjang, Abdul Hadi dilaporkan terpaksa bergegas meninggalkan pentas pidato berkenaan atas sebab-sebab kesihatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi

Sekianlah artikel Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Abdul Hadi Dinasihat Doktor Kena Rehat 2 Bulan Lagi dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/abdul-hadi-dinasihat-doktor-kena-rehat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :