Judul : 2 beranak didakwa buat tuntutan palsu hampir RM13j
link : 2 beranak didakwa buat tuntutan palsu hampir RM13j
2 beranak didakwa buat tuntutan palsu hampir RM13j
Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S Balakrishnan dan anak lelakinya, B Ashok Kumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan membuat tuntutan palsu berjumlah hampir RM13 juta bagi Projek Pengindahan dan Pembaikan Sungai Melaka.
Balakrishnan, 63, didakwa membuat tuntutan bayaran palsu bagi kerja bekalan dan penghantaran kontena penyahairan berjumlah RM12,888,000.
Dalam tuntutan itu tertuduh memperakukan pembekalan sebanyak 358 unit kontena sedangkan ia adalah palsu kerana hanya 89 unit kontena dibekalkan.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
Ashok Kumar, 31, pula didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu dengan bapanya, di Pejabat Bahagian Projek Khas, Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antara 27 April 2012 dan 23 Oktober 2013.
Mahkamah membenarkan Balakrishnan dan Ashok Kumar masing-masing dikenakan jaminan RM500,000 serta memerintahkan pasport diserahkan.
Mahkamah juga menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula.
First Appear On Online News Malaysia
by Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel 2 beranak didakwa buat tuntutan palsu hampir RM13j
Anda sekarang membaca artikel 2 beranak didakwa buat tuntutan palsu hampir RM13j dengan alamat link https://khabarmalay.blogspot.com/2017/07/2-beranak-didakwa-buat-tuntutan-palsu.html